:: miow :: miow :: miow :: miow

Friday, December 10, 2010

Selamat Kembali

Yeayy!!Aku dh selamat sampai kat Airport KLIA pukul 7.30 malam tadi. Tapi berjalan keluar n tunggu luggage, pukul 8 jugaklar settled nye. Baru terasa kepenatannya. Hahaha . . . Sampai kat airport aku tunggu encik tunang coz dier terlewat sket. Tapi takpe sebab nak jugak dier jemput aku. Thanx sayang . . .


Hari Pertama


Sarawak,Sarawak, Sarawak . . . Erm pagi ahad tu aku naik fligkt pukul 830 pagi KL-Miri. Lebih kurang 2jam, aku pun selamat sampai kat Miri. Sampai-sampai kitorang terus ke Bintulu plak guna jalan darat. Perjalanan ke Bintulu memakan masa 2jam setengah.


Best sangat cumenye jalan kat situ tak rata, beralun-alun. Kat Bintulu kitorang bwat keje yang sepatutnya n balik semula ke Miri. Kirenya perjalanan Miri-Bintulu n Bintulu-Miri memakan masa lebih kurang 5jam. Memang lenguh tapi teruja dapat tengok tempat orang. Hehehe . . .


Sampai kat Miri terus pergi chekin kat Hotel Mega. Bilik hotel ni sangatlar besar n aku amat berpuashati. Harga pun amatlah murah. Memang berbaloi-baloi. Hahaha . . .Kitorang stay kat sini 2 malam.

 Kitorang breakfast kat sini. . .

 Sempat lagik tu. Huhuhu . . .

 Makanan dalam flight . . .

 Subhanallah. Cantek sangat pemandangan ni . . .
Hari Kedua


Hari kedua aku hanya menjalankan kerja disekitar miri sahaja. So far semua keje siap n aku sempat round sekitar Bandar Miri.Mulanya aku dibawak sekitar emart di Miri. Lepas itu kami dibawa ke pusat kraftangan  n last ke Tamu  (Pasar). Sesaje je jalan, alang-alang dapat pergi tempat orang tu. Huhuhu . . .





Nenas yang unik . . .
Macam-macam beras ade . . .

Tak ingat ape bende tapi ni untuk halau nyamuk . . .

Hari ketiga

Hari ni pagi-pagi lagi kitorang dah bangun ke airport. Dari Miri kitorang akan ke Sibu pule. Pagi tu flight kul 9 n perjalanan ke Sibu memakan masa 50minit sahaja. Sampai sahaja di Sibu aku bwat keje sehingga pukul 1. Selepas itu, bermulalah perjalanan panjang aku.

Sabar menunggu flight . . .


Ha!tular flight kitorang. Comel je kan? . . .

Dari Sibu aku akan ke Kuching menggunaka jalan darat. Perjalanan ini mengambil masa 5-6 jam. Fuhh!! memang lenguh-lenguhlar pinggang ni. Dengan keadaan jalan yang tak rata, memang memenatkan.

Tapi yang bestnya, aku dapat melihat pemandangan indah ciptaanNya. Sepanjang jalan merata tumbuh-tumbuhan hijau yang sedap je mata memandang. Ada pokok kelapa sawit, sawah padi, pokok lada hitam@lada putih n macam-macam tumbuhan lain. Memang pemandangan camtu memang takdelar kat KL.

Oleh kerana aku ade singgah menyinggah jadinya pukul 830 malam baru aku sampai di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Sangat-sangat penat tapi perjalanan yang sangat best. Hehehe . .

Hari Keempat

Urghh! memang lenguhlar sume sendi-sendi pagi ni. Tapi tetap bersemangat. Huhuhu . . . Macam biasa aku membuat kerja n berjaya menyiapkan sebelum tengah hari. Seterusnya kitorang plan nak pergi ke Kampung Budaya. Perjalanan dari Kuching mengambil masa lebih kurang 45minit.

Di kampung Budaya ni, ditempatkan rumah asli etnik-etnik yang ade di Sarawak. Rumah etnik Iban,Melanau, Bidayuh, Penan, Ulu, Melayu dan China. Enjoy sangat n perjalanan sepenuhnya round dari 1 rumah ke rumah mengambil masa 1 1/2-2 jam jugaklar. Huhuhu . . .
Yeay!!Dah sampai . . .
Gunung Santubong
Membelakangkan Gunung Santubong
















































Hari Kelima

Hari ni hari terakhir n mau pulang. Dah tak sabar-sabar rasenye. Teringat kat orang dirumah n sudah rindu sama tunang tersayang. Hehehe . . . Hari ni aku pergi ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Banyak pilihan kek lapis disini n tak tau nak ambil yang mane. Sudahnya aku men tunjuk-tunjuk jer, senang. Hehehe . . .

 




 










Sebelum pulang kitorang singgah di kedai souvenier n aku sempat membeli beberapa cenderahati. Lepas itu terus ke airport Kuching. Alhamdulillah selamat sampai rumah.










No comments:

Post a Comment