:: miow :: miow :: miow :: miow

Sunday, December 5, 2010

Sarawak

Ini adalah bersempena dengan aku kene outstation ke Sarawak. Ni 1st time aku jejak kaki ke sana so nak kate mcm excited tak jugak, nak kate malas pergi macam iye pulak. Hehehe . . . Tapi ni kerja kan so kenelar professional n pergi.

Sebelum nak pergi, aku dengan poyonye telah membaca serba sedikit  tentang Sarawak ni. Nak pergi kampung zaza ni. Jom sama-sama bace mane tau ade input berguna kan. Hehehe . . .

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak danSabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur. Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan.

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikie, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. 

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005. 


Oh!pergi sarawak ni dapatlar aku tengok-tengok tempat orang. Jauh perjalanan luas pemandangan. Huhuhu . . .Tak lupa jugak nak beli kek lapis Sarawak yang femes itu dan jugak souveniers. . . :)



No comments:

Post a Comment