:: miow :: miow :: miow :: miow

Thursday, November 4, 2010

Tanggungjawab Suami Isteri

Tanggungjawab Suami

Seorang suami yang baik, adalah yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa. Manakala, seorang isteri yang baik ialah yang taat kepada Allah, Rasul, suami dan ibu bapa. Bagi wanita yang belum berkahwin, dia perlulah taat kepada ibu bapanya tetapi sebaik sahaja berkahwin, dia perlulah taat kepada suaminya dan kemudian barulah kedua ibu bapanya. Berikut adalah tanggungjawab suami terhadap isteri:

a) memberikan maskahwin

·   Memberikan keizinan kepada isterinya untuk keluar menuntut fardhu ain jika dia sendiri tidak mengajarnya.
·   Memberi keizinan jika isteri ingin menziarahi keluarganya.
·   Memberi keizinan kepada isteri untuk membeli keperluan harian di kedai atau pasar.

b) memberi nafkah zahir

·   memberikan tempat tinggal yang sesuai
·   menyediakan makan minum yang mencukupi
·   menyediakan pakaian yang sesuai
·   menyediakan alat pembersihan badan
·   memperuntukkan belanja rawatan atau perubatan

c) memberi nafkah batin

·   mempergauli isterinya dengan baik dan kasih saying
·   mempergauli isterinya ketika sihat, tidak di dalam nifas atau haid
·   tidak menyakiti isterinya
·   mengucapkan terima kasih di atas apa sahaja yang dilakukan oleh isteri untuknya

d) sikap kepimpinan

·   berterus terang atas sesuatu perkara agar jelas dan tidak menimbulkan salah faham
·   tidak memperturutkan kehendak isteri (apabila si isteri meminta yang bukan-bukan)
·   membetulkan jika nusyuz
·   mendoakan untuk isteri, anak-anak dan keluarganya
·   memelihara dan melindungi keluarganya
·   memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
·   bertimbang rasa dalam menentukan sesuatu perkara
·   tolong menolong antara satu sama lain

Tanggungjawab Isteri

Seperti suami, isteri juga mempunyai peranannya sendiri dalam rumahtangga. Isteri yang baik adalah isteri yang menjaga maruah dirinya dan juga suaminya. Tempat yang paling mulia bagi isteri adalah di sisi suaminya. Berikut adalah tanggungjawab isteri dalam rumahtangganya.

a) Taat

·   isteri mestilah mengikut suami berpindah
·   isteri mestilah redha bersama suami
·   menyerahkan tubuh badannya dengan ikhlas
·   tidak meminta, tetapi memadai dengan rezeki yang ada
·   berkelakuan sopan
·   menghormati suami
·   menghormati keluarga suami
·   memberi layanan yang baik kepada suami

b) Amanah

·   memelihara harta benda yang ditinggalkan suami
·   memelihara dan mendidikan anak-anak
·   berhias untuk suami
·   memelihara kehormatan diri
·   memohon keizinan untuk membuat sesuatu atau keluar dari rumah
·   tidak membenarkan lelaki masuk ke rumah
·   tidak pergi rumah jiran dan bercakap kosong

c) Akhlak

·   tidak berbohong dan menipu
·   tidak menduakan suami
·   berlemah lembut dalam melayani suami
·   bertaqwa, tawaduk
·   mendoakan suami, anak-anak dan kebahagian rumahtangganya
·   memadai dengan seorang suami
·   tidak bosan dan suka bersama suami
·   dukacita atau sedih apabila ketiadaan suami (meninggal dunia)

Tanggungjawab Kepada Anak-Anak

Kehadiran anak-anak merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga. Dengan itu, adalah wajar bagi pasangan suami isteri, untuk menitik beratkan beberapa perkara seperti di bawah ini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang memberikan persediaan dan pendidikan yang rapi kepada anak-anak

a) ketika di dalam kandungan

·   mengamalkan puasa Isnin dan Khamis
·   memberikan makanan halal
·   melakukan solat Qiamullail
·   membaca ayat Al-Quran
·   berdoa
·   berakhlak mulia

b) ketika lahir

·   diazankan atau diqamatkan
·   diaqiqahkan
·   dicukur kepala
·   sedekah
·   dinamakan dengan nama yang baik

c) ketika sudah mumayiz

·   diajarkan solat
·   diajar membaca Al-Quran
·   didik dengan akhlak yang baik
·   diajar adab makan
·   adab bersama orang tua
·   adab bersama guru
·   adab berpakaian
·   diasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan

d) setelah berumur 10 tahun

·   kalau tidak solat dipukul
·   didik berpuasa sunat
·   diajarkan halal haram
·   diajarkan pahala dosa
·   diajarkan menghafaz Al-Quran dan Hadis
·   diajarkan sejarah Rasul dan Sahabat-sahabat Nabi
·   diajarkan berdoa
·   berakhlak mulia




No comments:

Post a Comment