Ha!entri ni jadi pada 19 november 2010. Alkisahnya balik dari kerja hari jumaat tu, aku terus kene g jemput mak aku. Aku sampai pun dalam 5.15 ptg kat ofis mak. Sampai-sampai mak dah ade n terus menuju pulang ke rumah. Jalan jem lar plak nak balik tu. Tap biasalah MRR2 memang camtu, lengang time raya-raya je pun. Sampai kat rumah dalam 5.30 lebih sket n sampai-sampai aku pun lepak kat hall. Penat ok!!!hehehe . . .
Tetiba ejoy (adik bongsu) menjerit panggil aku dari tingkat atas. Katenya nana panggil. Nana ni adik aku yang second last. Aku cepat-cepat naik atas. Sampai je kat atas, aku tengok ni si nana ni mengerang kesakitan sambil pegang perot dier. Aku suh dier tahan tapi dier cakap tak bleh tahan n sakit sangat. Tengok dier camtu, aku jadi takut n suh dier siap-siap nak hantar dier g klinik. Aku Nampak dier tak larat nak bangun jadinya aku ngan ejoy papah dier masuk kereta.
Sampai je kat klinik, kene pulak menunggu, time ni si nana dah tak boleh tahan katenya. Aku genggam tangan dier untuk tenangkan dier.Bila doc panggil, dier masuk n mak aku temankan.lepas 5-10minit, dorang pun kua n mak cakap kene hantar nana ke HKL plak coz doc suspek dier apendiks. So kene pergi bahagian kecemasan tidak kritikal kat hospital tu untuk detail checkup. Time ni aku pulak yang naik takut adoyai. Hahaha . . .
Bila dapat tau jer nana mungkin nak kene tahan kat hospital, aku terus call ejoy yang ade kat umah tuk packing kan barang-barang nana. Memang aku dah takut dah tapi aku buat-buat berani je.Hehehe. Sampai je rumah dalam kul 7.00 aku terus amek bag barang nana n ic dier. Mak pun mencapai ape-ape barang tambahan if nana betul-betul kene tahan nanti.
Lebih kurang kul 7.10 aku terus ke hospital tp singgah shell kejap sebab Myvi si Ochin dah kelip-kelip minyaknye.Hehehe. Lebih kurang pukul 7.30 aku sampai hospital n dropkan mak n nana kat tempat emergency n aku plak terus ke depan cari tempat parking kereta. Penuh plak parking kat hospital ni walaupun dah malam. Aku dapat jugak parking walaupun jauh kebelakang. Hahaha . . Jenuh jugaklar nak jalan kaki ke tempat emergency tuh.
Sampai je aku kat tempat emergency, mak dah siap daftarkan nana n tunggu giliran. Nasib baik 2 orang je lagi nak sampai kat nana. Sampai je giliran, nana pun masuk n bleh tahan lama jugak dier kat dalam. Nana kena masuk sebotol air. So kene tunggular. Aku yang duk lua ni dapat tengok macam-macam jenis pesakit yang ade. Yang berbalut muka lar, yang patah kakilar, yang menjeritlar, yang melolonglar. Hehehe. . gerun sungguh!!!
Lepas dah habis sebotol, doc check dier lagi n dah komfom nana xkene apendiks. Fuhh!!lega. Riso aku nak kene operate-operate ni. Alhamdulillah takde ape. Doc suspek saluran air kencing dier berkuman so just amek ubat sahaja. Dekat 10.30 malam baru settle semua n selamat sampai rumah dekat pukul11. Barular terasa lapar n dahaga.hahaha . . Nana oh nana!!!
No comments:
Post a Comment