:: miow :: miow :: miow :: miow

Tuesday, November 30, 2010

Artwork Card

Okaayy hari ni memang aku cuti. Misi penting hari ni aku nak pergi check artwork kad kawen aku. Aku memang dah plan nak pergi hari ni bersama tunang tersayang. Lately ni dier busy memanjang, so kena bwat appoinment kalau nak ngedate ngan dier . . Hehehe . . 

Sampi je kat kedai tu, kitorang terus tengok layout yang designer dah buat. So far semua ok n takde ape yang nak dibetulkan sangat, cumenya ade sket yang nak dibetulkan apabila encik tunang tak berkenan dengan font itu n terus dibetulkn time tu jugak. Huhuhu . . .Lepas dah komfirmkan, proses printing plak. Erm lebih kurang 3minggu baru dapat hasilnya. Hehehe . . .Maknanya sebelum Hari Krismas, siap dah kad kawen aku . . . Yehha . . .

Monday, November 29, 2010

Hantar sudah

Aku dah bangun awal pagi ni. Macam biasalar wekend aku pergi minum dengan mak n abah aku kat NZ. Sambil tengah-tengah minum tadi, aku teringat nak pergi hantar baju kat Klang (tempat aku selalu hantar baju). Dari aku tangguh-tangguh, baik aku pergi hantar dulu kan. So aku decide nak pergi tapi nak tanye ochin dulu dier free ke tak. Nak suh dier temankan.

Sebelum pergi tu dalam kul1 aku sempat pergi rumah ema tuk rembat 1 kain. Alang-alng nak pergi hantar kan?? Oh ye member aku ema ni ade buat bisnes jual kain. Baru berkecimpung katenya. Harap sangat dier berjaya. amin . .Lepas berjaya menangkap hasil, aku pun terus gerak ke Klang n dah selamat menghantar. Kirenye misi aku untuk hari ni dah tercapai. Selain hantar baju kurung untuk pakai hari biasa, aku hantar jugak baju yang family aku akan pakai time aku nikah nanti . . hikhik . . .Selesai sudah . . .

Friday, November 26, 2010

Kejar-kejar

Ooh!tersangatlar penat semalam 25 november 2010. Ceritanya macam ni, aku ditugaskan untuk membawa sijil kursus ke Genting Highlands coz malam ni ade penyampaian sijil. Dari kul 10 camtu aku dah call P.a BigBoss (BB) aku untuk update sijil tu dah di sign ke belom. Kul 11 aku telefon, kul 12 aku telefon n last kul 1. Kali ni aku terus pesan ape-ape call extension aku. Senang . . .Rupenye BB aku terus naik genting n p.a dier inform aku dekat nak pukul3. 

Aku pun ape lagi teruslar kejar ke Genting coz BB aku nak sign kat atas. Ngan hujan lebat giler ye tadi. Sepanjang perjalanan aku dari ofis sampailar ke Genting tak henti-henti. Aku tawakal je harap-harap aku selamat sampai n takde pape yang berlaku. Alhamdulillah aku selamat sampai n sempat pass sijil-sijil to my BB. Kibut sangat-sangat tadi . . .p

Hari ini

Erm takde ape sangat pun nak update, cumanye tadi aku dapat call dari Ain staff dekat tempat aku bwat kad tu. Katenya artwork kad kawen aku tu dah siap n kalu free boley datang tengok n adjust memana yang patut. So surprise okay sebab cepat sangat siapnya. Hahaha . . . Dorang janji boley siap dalam dua minggu. Tapi tak sampai seminggu dah siap. wiwiwi . . . Syukur Alhamdulillah kerana semuanya dipermudahkan.

Tapi still tak bleh pergi tengok dis weekend coz encik tunang saya busy ngan kerjanya. Alhamdulillah . . . Semoga dier terus dimurahkan rezeki. So kitorang dah plan nak pergi weekdays jer dalam minggu depan. Lagipun memang nak settlekan pasal kad ni cepat-cepat coz aku mungkin kena kerja outstation. Nanti kad siap n hati pun jadi senang. Huhuhu . . .

Yang pasal en.Photographer tu, aku still mencari lagik ni. Mencari n terus mencarik. Hahaha . . . Tapi aku dah macam berkenan ngan satu photographer ni. Menunggu encik tunang pulang untuk sama-sama menilai hasil kerja photographer itu. If semuanya ok, kitorang terus je booked dier. Hehehe . . .

Wednesday, November 24, 2010

Latest

Erm tengah memikirkan pasal kawen ni dikala bosan-bosan kat ofis ni. Pusing kepala ni tapi kalau asyik pikir tapi tak take action pun tak guna jugak kan??Sama jelar duk tang tu jer jugak. Tak geraklar diernya . . Hehehe . . Masa pun tak lama pun lagi, pejam celik, pejam celik tak sampai tiga bulan pun lagi ni . . Aiyak . .

Things yang aku dah booked :
Catering
Pakej Perkahwinan
Kad Kahwin
Baju Nikah

Things undoned :
Wedding Photographer
Souveniers
Barang Hantaran


Nilar mende-mende besar yang aku tak settlekan lagi. Rase stress jugak kadang-kadang tapi aku kena enjoy je prepare semua persiapan ni. Kawen pun sekali jer kan. So aku nak rase puas dengan semua yang aku ingini n hajati. Harap sangat-sangat semuanya dipermudahkan n berjalan lancar seperti ape yang dirancang . . Amin . .

Ohhh . . lagi satu borang nikah. So far borang dah ade, kursus pra-perkahwinan dah ade, tinggal nak buat HIV test jer. Memandangkan encik tunang saya busy dengan kerjanya, so awal bulan depan baru pergi klinik. Lagipun dah deal nak jumpa tok kadi pertengahan bulan 12 so sempat-sempat . . Hehehe . .

Tuesday, November 23, 2010

Tinggg!!!

Aduh!!pening pale aku ni . .
Pening nak cari en.photographer . . . hahahaha. . .
Mintak-mintak aku dapat jumpa ngan en.photographer itu.
Yang sesuai dengan citarasa aku n still dalam budget aku . . . hehehe . . .
Amin-amin. . .
Siapakah gerangan "dia"??
Wait and see ya!!!

Nana Bikin Suspen

Ha!entri ni jadi pada 19 november 2010. Alkisahnya balik dari kerja hari jumaat tu, aku terus kene g jemput mak aku. Aku sampai pun dalam 5.15 ptg kat ofis mak. Sampai-sampai mak dah ade n terus menuju pulang ke rumah. Jalan jem lar plak nak balik tu. Tap biasalah MRR2 memang camtu, lengang time raya-raya je pun. Sampai kat rumah dalam 5.30 lebih sket n sampai-sampai aku pun lepak kat hall. Penat ok!!!hehehe . . .

Tetiba ejoy (adik bongsu) menjerit panggil aku dari tingkat atas. Katenya nana panggil. Nana ni adik aku yang second last. Aku cepat-cepat naik atas. Sampai je kat atas, aku tengok ni si nana ni mengerang kesakitan sambil pegang perot dier. Aku suh dier tahan tapi dier cakap tak bleh tahan n sakit sangat. Tengok dier camtu, aku jadi takut n suh dier siap-siap nak hantar dier g klinik. Aku Nampak dier tak larat nak bangun jadinya aku ngan ejoy papah dier masuk kereta.

Sampai je kat klinik, kene pulak menunggu, time ni si nana dah tak boleh tahan katenya. Aku genggam tangan dier untuk tenangkan dier.Bila doc panggil, dier masuk n mak aku temankan.lepas 5-10minit, dorang pun kua n mak cakap kene hantar nana ke HKL plak coz doc suspek dier apendiks. So kene pergi bahagian kecemasan tidak kritikal kat hospital tu untuk detail checkup. Time ni aku pulak yang naik takut adoyai. Hahaha . . .

Bila dapat tau jer nana mungkin nak kene tahan kat hospital, aku terus call ejoy yang ade kat umah tuk packing kan barang-barang nana. Memang aku dah takut dah tapi aku buat-buat berani je.Hehehe. Sampai je rumah dalam kul 7.00 aku terus amek bag barang nana n ic dier. Mak pun mencapai ape-ape barang tambahan if nana betul-betul kene tahan nanti.

Lebih kurang kul 7.10 aku terus ke hospital tp singgah shell kejap sebab Myvi si Ochin dah kelip-kelip minyaknye.Hehehe. Lebih kurang pukul 7.30 aku sampai hospital n dropkan mak n nana kat tempat emergency n aku plak terus ke depan cari tempat parking kereta. Penuh plak parking kat hospital ni walaupun dah malam. Aku dapat jugak parking walaupun jauh kebelakang. Hahaha . .  Jenuh jugaklar nak jalan kaki ke tempat emergency tuh.

Sampai je aku kat tempat emergency, mak dah siap daftarkan nana n tunggu giliran. Nasib baik 2 orang je lagi nak sampai kat nana. Sampai je giliran, nana pun masuk n bleh tahan lama jugak dier kat dalam. Nana kena masuk sebotol air. So kene tunggular. Aku yang duk lua ni dapat tengok macam-macam jenis pesakit yang ade. Yang berbalut muka lar, yang patah kakilar, yang menjeritlar, yang melolonglar. Hehehe. . gerun sungguh!!!

Lepas dah habis sebotol, doc check dier lagi n dah komfom nana xkene apendiks. Fuhh!!lega. Riso aku nak kene operate-operate ni. Alhamdulillah takde ape. Doc suspek saluran air kencing dier berkuman so just amek ubat sahaja. Dekat 10.30 malam baru settle semua n selamat sampai rumah dekat pukul11. Barular terasa lapar n dahaga.hahaha . . Nana oh nana!!!

Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha


Ha!ini berkenaan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha kelmarin 17 november 2010.Disambut sangat meriah diseluruh negara. Pagi-pagi lagi emak aku dah menyediakan banyak hidangan yang sedap-sedap. Semestinya makanan raya seperti nasi impit, kuah kacang, lontong, rendang ayam n puding laici. Lemang kitorang beli je. Senang . . . hehehe.


Malamnye plak kitorang adik beradik dah plan nk bwat bbq manje-manje gitu. huhuhu. sesaje membakar mengeratkan silaturahim. hikhik. . . Macam-macam lar yang kitorang bakar (ayam, kentang, kerang) n kat dalam aku bwat coeslaw sementara mak masak ayam masak kicap guna daging korban yang kitorang dapat.


Yang ade malam tu aku sefamily, Kak Raina, Emy, Pun, n Azhar (adik sepupu) lepas puas makan, si ema n husbandnya datang plak. hehehe. kebetulan dia datang nak hantar daging korban yang dia selamat korbankan tahun ni.Alang-alang lepas dorang dah jamu selera, kitorang tetiba paln nak g karok. Hahaha. Trus ke Ampang Park lar jawabnya. Hehehe . . .Lepas penat berkarok, kitorang teruss singgah Suzie'corner, minum-minum dulu sambil makan Yongtaufu.Hehehe. . . Puas sangat!!!Enjoy.Kikikik . . .








Monday, November 15, 2010

Selamat Hantar!!!

Semalam 14 november 2010 memang dah plan ngan encik tunang kesayangan saya tuk pergi hantar baju nikah kitorang. Aku tau macam dah lambat, supposenya lagi awal aku hantar tapi sebab malas n kebetulan banyak kerja yang mendatang jadinya tertangguh upacara menghantar. Hahaha. Sebelum tu kitorang pergi makan dulu kat foodcourt sogo coz encik tunang dah tersangat lapar.Hehehe..Emy makan nasi ayam claypot n aku sizzling yee mee.yummy!!




Lepas dah kenyang ni, kitorang terus menuju ke Pertama Kompleks n tempat yang kitorang tuju ialah Butik Busana Cinta untuk menghantar baju nikah.Syukur sangat coz butik ni masih nak terima tempahan aku. Aku tau butik ni dulu pun coz aku pernah temankan member aku zaza tuk tempah baju kat sini. Dengan hasil kerja yang sangat puashati n harga yang sangat berpatutan, aku memang berniat nak hantar baju nikah aku kt sini.Huhuhu.Alhamdulillah....






Lepas tu kitorang terus pergi kedai kad kawen kat dalam pertama jugak. Kitorang dah decide nak pilih kad yang mane n tunggu wekend ni untuk terus book.Hehehe.kitorang kene confirm kan betul-betul tarikh dan sebagainya. Ye kene bawak map jugak untuk memudahkan menyiapkan kad nanti...huhuhu....

Tempat beradu

Pagi-pagi cuti ni, macam biasalar pergi breakfast ngan mak kat mane-mane restoran mamak. Memang selalu camni coz mak nak pekena teh tarik dulu. Huhuhu. Ondaway balik rumah, 6 november 2010 sesaje singgah kedai furniture kat area rumah ni konon-konon nak tengok-tengok jelar kan?? Skali ternampak plak set katil yang sangat sesuai untuk letak kat bilik pengantin nanti. Lepas dah penat bersoal jawab, apalagi aku pun terus je bayar deposit untuk katil n tilam. Penghantaran akan di buat seminggu sebelum majlis....Fuhh!!puashati….tak payah nak pening-pening n harga memang sangat-sangat okayy…hehehe….nnt bleh tido lena-lena….hikhik….


Karaoke session

Hahaha ni pule aktiviti dikala cuti. Kitorang pergi menyenamkan tekak ini. Muahaha. Saje-saje je pergi karaoke, release tension lar konon.huhuhu. Pergi pun time cuti deepavali 5 november 2010 so orang pun tak ramai, jalan pun tak jem.hehehe. bijak-bijak!!hihihi. Yang ade aku, tunang tersayang emy, emimail, zara, yus and shu. Enjoy sangat2!! Paling best bile budak-budak laki menjadi trio KRU (Mengerti) n dak pompuan jadi ELITE (Manisnya senyumanmu) gitu..huhuhu…Enjoy!!!...









Situ Sana Sini

Dah lama aku tak update blog ni. Hehehe. . . Banyak jugak aktiviti yang aku buat tapi busy sangat sampai takde masa nak melayan blog ni. Cian cik blog. Huhuhu. . . Ok kita mulakan dengan makan-makan. Hehehe. . . Saje je kitorang adik-beradik buat majlis makan2 kononnya tuk celebrate birthday mak 4 november 2010. Tapi awal-awal lagi mak dah warning takmo ade kek. hahaha. . . Dier malu kot!!huhuhu. . . Apelar birthday gurl ni. Hahaha. . .

Tempatnya kitorang pilih kat Flaming Steamboat buffet @ Platinum Walk Setapak. Dekat je dengan rumah, tak sampai 10 minit dah sampai. Sampai-sampai terus kitorang serbu. Hahaha. . . Sedap jugak makanan kat sini. Kita boleh makan sesuka hati n sebanyak mana yang terlarat. Ade Seafood, Vegetables, Noodles, Ice-cream, Hot/Cold beverage, Chocolate fondue dan Desserst&fruits. Hahaha. . . Kembung jugaklar perut ni. nyum-nyum sangat sedap.Hikhikhik . . .






















Thursday, November 4, 2010

Prosedur Permohonan Pernikahan di Wilayah Persekutuan

Permohonan Nikah Lelaki

Berikut merupakan prosedur bagi lelaki bujang atau duda yang hendak mendirikan rumahtangga di Wilayah Persekutuan.

a) Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.

b) Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan kahwin dari JAWI atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal pemohon.

c) Pemohon dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan kahwin dan mengemukakan sijil kursus kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah, mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.

d) Pemohon hendaklah mendaftar di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'

e) Pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran nikah

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
  3. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Diiktiraf oleh JAKIM)
  4. Surat Pengesahan Mastautin Pemohon Daripada Penghulu / Ketua Kampung / Nazir Masjid / Pengerusi JKKK/ Pengerusi Jawatankuasa penduduk Taman Perumahan
  5. Surat Pengesahan status diri majikan (Bagi yang ada majikan) atau Surat akuan sumpah (Bagi yang bekerja sendiri)

Perhatian:

a)  Mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b) Mereka yang di bawah umur 18 tahun, hendaklah mendapatkan kebenaran mahkamah (Sek 18) terlebih dahulu.
c) bagi pemohon yang baru memeluk Islam, hendaklah mengemukakan kad memeluk agama Islam.
d) pemohon boleh memulakan proses permohonan tiga bulan sebelum tarikh nikah.


Permohonan Nikah Perempuan
Berikut merupakan prosedur bagi perempuan baik anak dara atau janda yang hendak berkahwin di Wilayah Persekutuan:

a) Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.

b) Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan kahwin dari JAWI atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal pemohon.

c) Pemohon dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan kahwin dan mengemukakan sijil kursus kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah, mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.

d) Pemohon hendaklah mendaftar di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'

e) Pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran nikah

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
  3. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Diiktiraf oleh JAKIM)
  4. Surat Pengesahan Mastautin Pemohon Daripada Penghulu / Ketua Kampung / Nazir Masjid / Pengerusi JKKK/ Pengerusi Jawatankuasa penduduk Taman Perumahan  
  5. Surat Perakuan / Pengesahan/ Akuan Sumpah Nikah Ibubapa.
    (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
Perhatian:

a) mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b) mereka yang di bawah umur 16 tahun, tiada wali dan janda berhias dalam masa iddah, hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah (Seksyen 18)
c) jika perempuan kerabat Diraja, hendaklah mendapatkan surat kebenaran ke bawah DYMM Sultan.
d) bagi anak sulung perempuan atau wali (abang sulung) hendaklah mengemukakan surat nikah asal atau surat pengesahan dari mana-mana pejabat agama berhubung tarikh nikah ibubapanya.


Tanggungjawab Suami Isteri

Tanggungjawab Suami

Seorang suami yang baik, adalah yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa. Manakala, seorang isteri yang baik ialah yang taat kepada Allah, Rasul, suami dan ibu bapa. Bagi wanita yang belum berkahwin, dia perlulah taat kepada ibu bapanya tetapi sebaik sahaja berkahwin, dia perlulah taat kepada suaminya dan kemudian barulah kedua ibu bapanya. Berikut adalah tanggungjawab suami terhadap isteri:

a) memberikan maskahwin

·   Memberikan keizinan kepada isterinya untuk keluar menuntut fardhu ain jika dia sendiri tidak mengajarnya.
·   Memberi keizinan jika isteri ingin menziarahi keluarganya.
·   Memberi keizinan kepada isteri untuk membeli keperluan harian di kedai atau pasar.

b) memberi nafkah zahir

·   memberikan tempat tinggal yang sesuai
·   menyediakan makan minum yang mencukupi
·   menyediakan pakaian yang sesuai
·   menyediakan alat pembersihan badan
·   memperuntukkan belanja rawatan atau perubatan

c) memberi nafkah batin

·   mempergauli isterinya dengan baik dan kasih saying
·   mempergauli isterinya ketika sihat, tidak di dalam nifas atau haid
·   tidak menyakiti isterinya
·   mengucapkan terima kasih di atas apa sahaja yang dilakukan oleh isteri untuknya

d) sikap kepimpinan

·   berterus terang atas sesuatu perkara agar jelas dan tidak menimbulkan salah faham
·   tidak memperturutkan kehendak isteri (apabila si isteri meminta yang bukan-bukan)
·   membetulkan jika nusyuz
·   mendoakan untuk isteri, anak-anak dan keluarganya
·   memelihara dan melindungi keluarganya
·   memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
·   bertimbang rasa dalam menentukan sesuatu perkara
·   tolong menolong antara satu sama lain

Tanggungjawab Isteri

Seperti suami, isteri juga mempunyai peranannya sendiri dalam rumahtangga. Isteri yang baik adalah isteri yang menjaga maruah dirinya dan juga suaminya. Tempat yang paling mulia bagi isteri adalah di sisi suaminya. Berikut adalah tanggungjawab isteri dalam rumahtangganya.

a) Taat

·   isteri mestilah mengikut suami berpindah
·   isteri mestilah redha bersama suami
·   menyerahkan tubuh badannya dengan ikhlas
·   tidak meminta, tetapi memadai dengan rezeki yang ada
·   berkelakuan sopan
·   menghormati suami
·   menghormati keluarga suami
·   memberi layanan yang baik kepada suami

b) Amanah

·   memelihara harta benda yang ditinggalkan suami
·   memelihara dan mendidikan anak-anak
·   berhias untuk suami
·   memelihara kehormatan diri
·   memohon keizinan untuk membuat sesuatu atau keluar dari rumah
·   tidak membenarkan lelaki masuk ke rumah
·   tidak pergi rumah jiran dan bercakap kosong

c) Akhlak

·   tidak berbohong dan menipu
·   tidak menduakan suami
·   berlemah lembut dalam melayani suami
·   bertaqwa, tawaduk
·   mendoakan suami, anak-anak dan kebahagian rumahtangganya
·   memadai dengan seorang suami
·   tidak bosan dan suka bersama suami
·   dukacita atau sedih apabila ketiadaan suami (meninggal dunia)

Tanggungjawab Kepada Anak-Anak

Kehadiran anak-anak merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga. Dengan itu, adalah wajar bagi pasangan suami isteri, untuk menitik beratkan beberapa perkara seperti di bawah ini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang memberikan persediaan dan pendidikan yang rapi kepada anak-anak

a) ketika di dalam kandungan

·   mengamalkan puasa Isnin dan Khamis
·   memberikan makanan halal
·   melakukan solat Qiamullail
·   membaca ayat Al-Quran
·   berdoa
·   berakhlak mulia

b) ketika lahir

·   diazankan atau diqamatkan
·   diaqiqahkan
·   dicukur kepala
·   sedekah
·   dinamakan dengan nama yang baik

c) ketika sudah mumayiz

·   diajarkan solat
·   diajar membaca Al-Quran
·   didik dengan akhlak yang baik
·   diajar adab makan
·   adab bersama orang tua
·   adab bersama guru
·   adab berpakaian
·   diasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan

d) setelah berumur 10 tahun

·   kalau tidak solat dipukul
·   didik berpuasa sunat
·   diajarkan halal haram
·   diajarkan pahala dosa
·   diajarkan menghafaz Al-Quran dan Hadis
·   diajarkan sejarah Rasul dan Sahabat-sahabat Nabi
·   diajarkan berdoa
·   berakhlak mulia




Tuesday, November 2, 2010

Happy Birthday Mak

Entri adalah bersempena dengan mak aku punya Birthday yang ke 54 tahun pada 1 Nov 2010. Selamat hari lahir mak!!! Semoga berbahagia dengan keluarga yang tersayang, diberi kesihatan yang baik dan happy selalu. Huhuhu . . . Tahun depan dah nak tambah lagi sorang anak, anak menantu. Hehehe. . .

Walaupun mak garang, nira tetap sayang  kat mak. Terima kasih sangat-sangat sebab mak dah jaga nira dari kecik sampai tak besar sangat pun ni. Hehehe. . . Terima kasih jugak atas pengorbanan mak untuk membesarkan lima beradik yang macam-macam ragam ni.Huhuhu . . . Tunggu eh kejutan yang kitorang nak bwat weekend ni. Huhuhu. . . Sayang mak sangat-sangat!!!Love . . .


31 Mei 2007

2 September 2008

 29 December 2009

 29 December 2009

 30 Mei 2010

 3 July 2010

 9 September 2010

18 September 2010