:: miow :: miow :: miow :: miow

Tuesday, January 18, 2011

Mode : Stress

Tak tahu plak nape aku bleh jadi camni . . . Macam nak jerit pun ade, nak nangis pun ade, nak merampus pun ade n muka jadi ketat  lar pulak . . . Stress!!Dicampur dengan masalah remeh-temeh yang datang, memang sangat-sangat memenatkan aku yang memang tengah penat ni.

Jalan selamat, baik aku lelapkan mata. Menipu untuk tidak memikirkan masalah seketika. Aku penat, penat & penat. Hope aku bertahan untuk sabar n terus bersabar. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin . . .

Sunday, January 16, 2011

Dah Edar!

Weekend yang sangat penat!!Tapi memang penuh dengan aktiviti yang penting. Hehehe . . . Aku baru je sampai rumah dari kampung ni. Nganto kad kat family sebelah mak pule. Dalam masa sehari je kitorang selesai edarkan kad-kad semua. Goodjob!!


Pagi-pagi dah gerak ke sana. Berhenti kat Yik Mun untuk breakfast,skali tak bukak lagi daaa. Membawa perut yang lapar ni sampai ke Perak. Hukhuk . . . Sampai je kat sana, kitorang terus serbu mee rebus Mastan Ghani. Alhamdulillah bukak!Sedap . . . Hikhik . . . Terus ke rumah wo (panggilan untuk mailto:nenek@opah) menggadap dulu.


Lepas tu kitorang memulakan upacara pengedaran. Dari satu rumah ke satu rumah, sampai selesai. Selepas tu kitorang terus ke KL. Sempat lagi  menyinggah Yik Mun untuk tapow nasi goreng peberet. Hikhik . . . Sempat jugak membelikan encik tunang petai n jambu di Pekan Bidor.

Friday, January 14, 2011

Kek Kahwin

Erm baru teringat pasal kek kawen tak order lagi untuk malam berinai nanti. Majlis kat dewan nanti punye kek dah settle dah coz caterer yang sediakan. Kalau mengikut kepada en tunang saya, tak payah ade kek pun katenye. Tapi kan aku plak rase macam kalau xde potong kek, macam takde seri lar plak majlis tu kan??

Kiranya potong kek ni macam simbolik majlis tu jugak. Tak kira lar kek tu besar ke kecik ke, semua orang nak tengok kita potong kek kan? Macam sweet jer. Huhuhu . . . So aku rase aku akan adakan kek jugak untuk majlis berinai tu nanti. Besar ke kecik ke, itu tak tau lagi. Tengok nanti keadaan camne. Hehehe . . .



Saturday, January 8, 2011

Food Testing

Alhamdulillah aku dah selamat pergi mencube makanan untuk majlis perkahwinan aku nanti. Tadi yang pergi aku, along, mak n abah. Dari last month nak pergi tapi tak berkesempatan. Masing-masing busy memanjang, nasib dah selamat pergi pun tadi.

Oh! untuk majlis kawen nanti aku dah pilih Sri Angasana Caterer sebagai penyedia hidangan untuk semua tetamu. Huhuhu . . . Actually mak yang pilih caterer ni, aku follow je. Coz aku rase bab makan ni aku memang bagi kepercayaan kat mak untuk uruskan. Bab lain xpe, bia aku yang uruskan. Hehehe . . .

Kitorang dah cube n sepakat untuk proceed ngan caterer ni. Makanan pun sedap ye. Harap-harapnya rasa makanan time wedding aku nanti sama macam time kitorang test ni. Harga pakej yang ditawarkan pule sangat berpatutan n kita boleh berbincang tentang menu or ape-ape tambahan yang diperlukan.

Thursday, January 6, 2011

Acid Folic

"Asam folat ( folic acid ) vitamin B9, adalah vitamin yang larut dalam air. Vitamin B9 sangat penting untuk berbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis nukleotid ke remetilasi homocysteine. Vitamin ini sangat penting pada waktu pembelahan dan pertumbuhan sel. Anak-anak dan orang dewasa memerlukan Asam Folat untuk menghasilkan sel darah merah dan mencegah anemia. Folat dan asam folat mendapatkan namanya dari kata latin folium (daun)

Asam Folat juga sangat penting bagi wanita hamil. Kuantiti asam folat yang cukup perlu diambil sebelum dan selama kehamilan supaya dapat  mencegah timbulnya kecacatan tabung saraf (Neural Tube Defects) NTDs pada bayi, iaitu spina bifida (kelainan pada tulang belakang) dan anencephaly (kelainan dimana otak tidak terbentuk).

Dengan kuantiti asam folat yang cukup pada masa sebelum dan selama kehamilan iaitu sekitar 0.4 - 0.8 mg per hari, risiko timbulnya NTD’s pada bayi dapat diturunkan hingga 80 %.[ Wanita yang merancang kehamilan perlu mendapatkan asam folat secukupnya, minimal 4 bulan sebelum kehamilan kerana kekurangan asam folat menyebabkan risiko bayi yang lahirkan cacat pada sistem saraf (otak) atau cacat tabung saraf (Neural Tube Deffect)".


Credit to http://id.wikipedia.org/wiki/Asam_folat

Dari sehari ke sehari aku nak tanye Mira kecik pasal acid folic. Mira ni salah seorang kawan baik aku since kat highschool dulu sesamalar ngan zaza n ema. Tapi memanjang je aku lupe. Aduh!mak nenek betol lar aku ni. Hehehe . . . 

3 hari lepas baru aku betul-betul teringat n terus tanye kat Mira. Semangat tu. Hahaha . . . Haruslar aku bersemangat ye sebab nak kawen n nak dapat baby juga. Thank God!Mira memahami n akan ambilkan stok untuk aku. Oh!ye Mira ni Nurse tau kat PPUM. Huhuhu . . . 

Semalam Mira text gtau ubat dah ade kat dier. Sangat-sangat excited ye. Kebetulan aku nak g dinner ngan my dear tunang, terus singgah rumah Mira jap. Bukan sekejap okay!Lame jugaklar kitorang bersembang sebabnya dah lama giler tak jumpa Mira ni. Macam-macamlar cerita tapi more to kawenlar coz Mira pun akan kawen March ni. Hehehe . . . 

Macam-macam hal lar. Hahaha . . . Plan to lepak-lepak with mereka (Mira, Ema n Za) nextweek, tak puas ye dapat sembang kejap je. Sambil tu nak edarkan kad jugak. Huhuhu. . . Thanx to Mira coz bagi acid folic tu. Sayang kamu! :)


Wednesday, January 5, 2011

Do It Yourself

Sekarang ni kalu kite tengok gubahan hantaran barang perkahwinan, memang banyak n macam-macam. Yang bulat, yang petak, yang bersegi, yang berjurai, yang bermanik n macam-macam lagilar. Kalu pergi kedai perkakas perkahwinan, memang rambanglar mata ni nak pilih yang mana satu.

Tapi yang penting kita kena tau sama ada kita mau gubahan dari artificial or bunga hidup. Macam aku yang kekurangan tenaga kerja ni, memang artificial lar yang menjadi pilihan. Senang, dari sekarang dah bleh bwat persediaan. Nak mengupah orang, kekurangan budgetlar plak. So langkah selamat DIY.  Hehehe . . .

Cara yang selalu aku bwat adalah dengan membeli barang-barang yang perlu di satu kedai barang perkahwinan yang berkenaan n menyuruh staf disitu demo satu contoh kat aku. Time tunang dulu pun aku bwat camni jugak. Huhuhu . . . Untuk majlis kalini, aku bagi peluang kat mak aku memilih design mana yang berkenan dihatinya. Aku follow je. Hehehe . . .

Sampai rumah penyakit “M” sampai . . . Hahaha . . . Camne nak bwat?? Aku pending sebulan lebih jugaklar mengabaikan barang-barang yang dah dibeli. Tak sedar-sedar lagi diri ni, rasa macam lama je lagi majlis kitorang tu padahal aku ade kurang 5 minggu je lagi nak ke hari majlis itu. Oh no!!Hahaha . . .

Sebenarnya aku baru je selamat menyiapkan DIY bunga dulang hantaran aku tu. Yehhaaa!!Bila dah tersedar, camnilar baru aku ade rase takut. Hah!Apalagi memang kusyuklar aku mengerjakan sampai siap. Senang hati aku dah pun settle satu part, tinggal nak susun-susun barang je time nikah nanti.

Melihatkan hasilnya memang aku sangat-sangat puashati sebab tu hasil kerja aku kan?bersusah payah n tekun menyiapkan. Orang lain nak kata cantik ke tak ke, terpulanglarkan? Janji aku suka, mak aku suka n berjaya jugak aku siapkan. Alhamdulillah . . .






Monday, January 3, 2011

It's My Birthday!

Smiiileeee :) . . . Hehehe . . . Harini Birhday aku yang ke teeettt. Hahaha . . . Rahsia okay!Hurm xde bwat pape celebration pun coz this year birthday aku kene hari isnin lar plak. Kalu weekend, manyak syiok woh! Huhuhu . . .

Lagipun surprised kelmarin yang encik tunang datang rumah aku bawak cake tu betol-betol mengejutkan aku. Thanx ye sayang. Hikhik . . . Rasenye sepanjang 7 tahun kitorang kawan, ni yang baru betul-betul surprised aku rase.

Kadang-kadang ade jugak dier nak bwat “something” time hari kebesaran kitorang tapi “pakar” ni memang selalu dapat hidu. Hahaha . . . Tapi yang kalini memang aku ngaku yang aku sangat-sangat tak sangka!Good job dear.

Terima kasih sangat-sangat pada Emy yang sanggup datang walaupun sekejap n tak sempat nak jamah pape pun. On diet ker?? Hahaha . . . Thanx juga coz u sentiasa ada kat sisi time susah n senang. Hope kita akan selamanya camtu sampai akhir hayat kite. Amin . . .

Untuk umur ini, aku berharap aku dapat menjalankan semua tanggungjawab dengan jayanya. Ni pun Birthday last aku sebagai si bujang. Pehni dah sambut sebagai isteri orang pule. Hikhik . . . Aku berharap perkahwinan ni kekal sampai akhir hayat. Kiranya bulan depan dah berdualar ni kitorang.

Andai diberi rezeki olehNya, aku mau terus mendapat "baby" tahun ni jugak. Harap semuanya dipermudahkan. Amin . . .